Cawangan HQS di Taman College Height
Bismillahirrahmannirrahim, Terasa lama sangat dah menyepi dari menulis dan update perkembangan HanaQueen Station. Banyak urusan perniagaan yang perlu diselesaikan secepatnya sampai tiada masa nak mengadap laptop. FB page, Instagram, Blog semuanya terabai. Alhamdulillah, segalanya dah selesai sekarang. Fokus kembali penuh untuk bidang marketing bagi HanaQueen Station. Sedikit perkongsian dan perkembangan HanaQueen Station yang saya ingin kongsikan di sini sekarang. Atas beberapa masalah yang tak dapat di elakkan, cawangan di Taman Kayu Manis terpaksa di tutup dan bakal berpindah ke cawangan baru. Insya-Allah, sekiranya tiada aral cawangan yang baru akan dibuka selepas Hari Raya nanti. Lokasi baru sedang di usahakan sekarang dan segala perkembangan mengenai cawangan baru akan di update kemudian. Pindah kedai bukanlah satu kegagalan, malah ianya salah satu cabaran yang besar dalam dunia perniagaan yang kita harus bersedia untuk menghadapinya. Dalam ...