15 Perkara Yang Usahawan Berjaya Lakukan Setiap Hari
Jika anda ingin menjadi usahawan yang lebih baik dan berjaya mengembangkan perniagaan anda, anda perlu mendedikasikan masa dan tenaga untuk memperbaiki tabiat harian anda. Berikut adalah 15 perkara yang usahawan berjaya utamakan setiap hari walaupun jadual mereka sangat padat. 1. Makan Sarapan Untuk bekerja pada tahap prestasi yang kemuncak, tubuh anda memerlukan tenaga. Anda bukan hanya sekadar minum secawan kopi dalam perjalanan ke pejabat, tetapi anda mengambil masa beberapa minit untuk makan makanan sihat atau minum jus berprotein, tidak kira di mana sahaja anda berada. 2. Merancang Hari Anda Perkara pertama pada waktu pagi, lihat kalendar anda dan aturkan jadual anda mengikut kepentingan. Jika anda mempunyai masa-masa tertentu yang terbaik untuk bekerja dalam sehari, gunakan masa itu dengan sebaiknya untuk lakukan kerja-kerja yang memerlukan ketenangan. Saya membuat kerja terbaik saya pada waktu pagi, jadi saya cuba untuk jadualkan sekurang-kurangn...