Cara memulakan perniagaan
Bismillahirrahmanirrahim, Step pertama untuk memulakan perniagaan adalah memilih bidang perniagaan yang ingin diceburi, telah pun saya kongsikan di post yang lepas. Maka seperti yang telah dijanjikan, kali ini saya ingin berkongsi cara untuk memulakan perniagaan. Post kali ini saya bahagikan kepada dua iaitu cara memulakan perniagaan secara am iaitu tidak mengira apa jua jenis perniagaan yang telah anda pilih. Dan kedua adalah cara untuk memulakan perniagaan HanaQueen Station. Ini adalah soalan paling famous sekali yang sering diajukan kepada saya. "Bagaimana saya ingin memulakan perniagaan kerana saya tiada sebarang pengalaman dalam perniagaan." Saya juga bermula dengan kosong, tiada sebarang pengalaman dalam dunia perniagaan. Seperti kata-kata sifu dunia perniagaan seperti Dr.Azizan dan Irfan Khairi perkara paling penting, pastikan kita punya mentor untuk berguru dalam dunia perniagaan . Alhamdulillah, saya dilahirkan dalam keluarga yang hampir se...