Menjadi lebih BAIK atau lebih TERUK?
Untuk kesekian kalinya, Ana berbicara soal PERUBAHAN. Tapi, selalunya Ana akan bercakap tentang perubahan ke arah yang lebih baik. Kali ini, kita ubah ke arah yang bertentangan, perubahan ke arah yang lebih teruk. Hakikatnya, manusia memang boleh berubah. Itu fitrah kehidupan. Sama ada ke arah yang lebih baik atau yang lebih teruk. Pilihan itu ada dalam tangan kita. Dan kita yang menentukan apa sebenarnya pilihan hidup kita, bukanlah orang lain. Pilihan itu selalunya hadir berpasangan dan bertentangan sifatnya. Contohnya, manis atau pahit, baik atau buruk, positive atau negative, bahagia atau derita, doasa atau pahala, syurga atau neraka. Apa yang menyebabkan manusia itu berubah ke arah yang lebih teruk? Situasi 1: Kerana CINTA yang mengecewakan/ DENDAM yang tak terbalas Ahmad seorang yang baik dan setia orangnya. Ahmad ada ilmu agama yang menjadi pegangan hidupnya. Belum pernah terjebak dalam masalah hati dan perasaan sepanjang dia hidup, namun setelah mengen...