Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Masa silam itu sudah berlalu

Imej
Sekarang ni, ramai orang yang sedang mencuba untuk keluar dari kegelapan. Mencuba untuk mencari cahaya baru dalam hidup. Mencuba untuk berubah kearah lebih baik. Memcuba untuk memperbaiki hidup Mencuba untuk kembali kepada fitrah yang Allah dah tetapkan. Mencuba untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mencuba untuk melaksanakan perintah Allah yang sekian lama ditinggalkan. Mencuba untuk menjadi seseorang yang baru. Alhamdulillah. Hakikatnya, sejahat mana pun diri seseorang manusia itu, Jauh di dalam hatinya, pasti ada terselit walau sedikit sinar kebaikan. Dan sinar itu akan terus bercahaya untuk menyinari ruang kegelapan. Tapi, sinar itu pun boleh pudar dan padam. Atau sinar itu boleh menyinar dan terus menyinar. Semuanya bergantung pada situasi di sekitar insan yang ingin berubah itu. Situasi yang menyokong atau meruntuhkan semangat mereka yang ingin berubah. Apa  yang menyedihkan, Bila seseorang itu dah buat keputusan untuk berubah,...

Adab Melawat/Menziarahi Pesakit di Hospital.

Imej
Sejak 4 tahun yang lepas, bila ayah kena strok, Ana selalu perhatikan ragam orang yang datang melawat pesakit di hospital. Sebelum ni tak pernah nak ambil kisah pun, tapi sejak mula practical di hospital, Ana mula ambil kisah sikap pelawat/saudara/ahli keluarga/kawan-kawan yang datang melawat. Secara tak langsung, sikap mereka akan beri kesan kepada tahap pemulihan para pesakit. Memang bagus datang menziarahi pesakit, tak salah langsung, tapi sebagai pelawat yang datang melawat kenalah tahu etika/adab semasa melawat. Tujuan kita melawat mesti nak tengok pesakit itu cepat sembuh dan bukannya bertambah sakit kan? Itu lah gunanya adab melawat pesakit. Adab-adab ini tak semestinya kena ajar dekat rumah, dekat sekolah, tapi adab-adab ini boleh difikir menggunakan akal anda yang bijaksana. Gunakan logical thinking. Patut atau tak patut segala kelakuan dan sikap anda semasa melawat. Menziarahi orang sakit itu merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain. Terdapa...