Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Rahsia Bisnes Cara Rasullullah SAW

Imej
Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS. Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur. Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan merek...

Bila nak berhenti kerja untuk berniaga?

Imej
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa customer yang ingin memulakan perniagaan, datang berjumpa saya untuk meminta pendapat tentang isu ini, patutkah mereka berhenti kerja untuk berniaga.  Malah, ada sahabat saya yang sedang bekerja juga bertanya, patutkah mereka berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam berniaga. Isu ini sering dikupas oleh pakar perniagaan yang sudah berjaya dan juga jutawan-jutawan. Soal masa untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan adalah isu yang serius dan penting. Kerana keputusan itu bakal menentukan hala tuju perjalanan hidup anda selepas ini. Bagi saya, untuk mereka yang sudah biasa mendapat gaji stabil setiap bulan, pastinya mental mereka akan diuji selepas memulakan perniagaan dengan income yang tidak menentu . Apatah lagi sekiranya anda tidak ada sedikit pun pengalaman dalam berniaga, maka cabaran untuk berniaga lebih tinggi. Untuk berhenti kerja dan berniaga, persediaan dari segi mental, fizikal dan juga financi...

Rahsia Perniagaan Waktu Pagi

Imej
Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Oran g-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi! Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar. Apa pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir! Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang...

Tips mengambil pekerja/staff - Donald Trump

Imej
Ambillah Pekerja Terbaik, Tapi Jangan Percayakan Mereka, Pesan Donald Trump PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- "Ambillah pekerja terbaik, tapi jangan percayakan sangat mereka, manakala anda pula, jalankan tugas anda", demikian nasihat raja hartanah dan hos program realiti terkenal, Donald Trump kepada peserta Sidang Kemuncak Pembabitan Belia 2009 (YES 2009) di sini Selasa. Bercakap melalui sidang video secara langsung dari peja bat beliau di Trump Tower, New York, ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Trump berkata untuk menjadi usahawan yang hebat, seseorang itu perlu bekerja keras kerana "yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang" dengan sendiri. "Untuk menjamin kejayaan, setiap individu perlu menguasai bidang yang diceburinya, melebihi orang lain. "Beberapa atlet terkemuka pernah datang untuk meminta nasihat dari saya. Mereka sudah berada di penghujung kerjaya masing-masing, tapi tidak memiliki wan...

"Pencarian Blog Terkemas 2015!"

Imej
Sebelum blog HanaQueen Station ini wujud, ini adalah blog ESPIRANZA. Waktu itu sangat aktif dengan blog, hari-hari update, join contest dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, ada rezeki dan dapat menang beberapa contest.  Lepas jadi usahawan, buka kedai HanaQueen Station, ini adalah blog official untuk business, maka aktiviti bercontest telah dihentikan. Banyak post yang lama dah delete. Kononnya nampak tak sesuai dan tak matang (itu paling penting). Hehh Tapi masa blogwalking, nampak ramai betul yang join contest ini, terus tergerak hati nak join jugak. Why not kan? Takde rule yang mengatakan blog business harus bercakap soal business sahaja. Boring sangat! Well, I guess, I'm back! To join every contest that I want, to write everything that I think. And this is the first contest for HanaQueen Station! Feel free to join guys. Tag to:  ByNina30 Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain. Click Gambar u...

Mudahnya Menjemput Rezeki

Imej
Rezeki. Ramai yang seolah memahami apa itu sebenarnya rezeki namun hakikatnya mereka tidak pernah memahaminya walau sedikit pun. Terlibat dalam dunia perniagaan banyak membuka mata saya tentang apa itu rezeki. Pemahaman tentang unsur rezeki itu diperluaskan lagi setelah membaca tulisan karya Tuan Fathuri Salehuddin, Mudahnya Menjemput Rezeki. Ramai yang berfikir bahawa untuk mendapat rezeki, kita perlu berusaha, perlu bekerja, berniaga untuk mendapatkan duit. Ya, itu benar. Hujung bulan bila dapat gaji, ya, kita sangkakan itulah rezeki hasil dari usaha kita. Tanpa kita menyedari bahwa rezeki itu sebenarnya datang dari Allah. Saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Saya melihat kepayahan ayah dan mak dalam membesarkan kami adik beradik. Gaji ayah tidak lah besar mana, tapi alhamdulillah, walaupun tidak senang tapi semua cukup sehingga kami semua dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Abang saya pernah bertanya kepada ayah, apa rahsia dia memb...

Sikap-Sikap yang Perlu Dikikis Orang Melayu

Imej
Disini saya khaskan ruangan untuk berkongsi cerita dan pandangan dari semua pihak untuk kepentingan bangsa kita. Saya harap semua dapat berbincang dengan baik dan memberi idea serta pandangan dimana kita sama-sama mencari jalan untuk membantu golongan sendiri tanpa mengambil kesempatan ke atas bangsa kita sendiri.  Saya tak tahu anda perasan atau tak kita semakin mengundur ke belakang, kaum lain sedang mengatasi kita dari politik atasan sehinggalah kekeluargaan kita sendiri. Tak takut kah jika bumi kita tergadai. Saya merayu kepada semua yang baca, lakukan lah sesuatu demi masa depan…jika anda rasa susah, sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk zuriat anda. Anak kita tak perlu mewarisi kealpaan kita.  1. MEMANDANG RENDAH DAN TAK YAKIN PADA BANGSA SENDIRI Tanpa kita sedari kita sering kali memandang rendah akan keupayaan bangsa sendiri. Bilamana seorang melayu menjalankan perniagaan atau membuat sesuatu selalunya kita tak ambil pusing dan sering kali berkata...

Nasihat Tun Dr. Mahathir kepada usahawan Melayu

Imej
JOM JADI USAHAWAN !!! AYUH BANGKIT !!! 1. Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan. Contohnya jika mahu membuka restoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan. 2. Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000. 3. Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada d...

Bagaimana pilih produk yang senang jual?

Imej
Jangan mulakan bisnes selagi mana tak amalkan 1 trik ini. Bagaimana pilih produk yang senang jual? "Produk saya 100% unik berbanding di luar sana. Malah, produk ini tidak pernah ada dalam pasaran Malaysia!," Kata Ahmad kepada Warie dengan penuh teruja. Adakah produk Ahmad ini confirm laku? Hanya kerana produk beliau sangat unik dan tidak pernah wujud di Malaysia? Ini jawapan yang sesuai. === Produk terlalu unik membuat bisnes lebih berisiko untuk gagal cepat. === Claude Hopkins (Penulis buku Scientific Advertising) menjelaskan: 1) Proses menukarkan tabiat pelanggan adalah proses yang memerlukan kos yang paling tinggi. 2) Sebagai contoh, pasaran ubat gigi suatu masa dahulu. Proses memperkenalkan ubat gigi kepada pelanggan mengambil masa yang lama. Majoriti proses melibatkan pendidikan produk. 3) Walaupun bisnes kita mempunyai bajet yang besar, elakkan daripada memulakan bisnes yang sangat "terasing" dan berlawanan de...