10 SEBAB KENAPA BISNES KEDAI RM2 JADI PILIHAN
1) Bisnes Kalis Inflasi. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni, ramai orang suka berbelanja di tempat murah. Jadi kedai RM2 menjadi pilihan. Bila ekonomi stabil, orang ramai akan berbelanja lebih di kedai RM2. 2) Modal Permulaan Yang Rendah. Satu kedai seperti di gambar sebelah modalnya hanya RM55,000 siap semua. Bandingkan dengan perniagaan lain, modal sahaja dah dekat 6 angka. 3) Mudah Di Uruskan. Jika berniaga kedai runcit, anda perlu ke pasar awal pagi setiap hari untuk membeli stok barang basah, Tetapi di kedai RM2, tugas harian anda hanyalah tambah stok, buang habuk dan layan customer. Orang perempuan pun boleh uruskan bisnes ini. Mudah kan? 4) Kurang Saingan. Setakat ni bisnes kedai RM2 kurang persaingan kerana bisnes ini hanya di monopoli oleh peniaga cina. Berbanding dengan bisnes lain, kita terpaksa bersaing dengan orang Acheh, Pakistan, Myanmar. 5) Untung Yang Tinggi Margin keuntungan adalah dalam 30%. Jika jual sa...