Islam itu sempurna, manusia memang tak sempurna.
“Ahhhhh! Nampak jer alim, baik mamat tu, sembahyang tunggang terbalik, tapi rupanya kaki perempuan!” “Elehh, tengok dari luar memang lah baik, Pakai tudung litup, Tapi hati busukkk, nak buat apa!” Itu lah antara ayat yang kita selalu dengar. Itu lah ayat yang selalu kita cakap tanpa kita sedar. Kerana hakikatnyat, kita memang suka menilai orang hanya dengan melalui pandangan mata kita. Orang yang nampak baik, tak semestinya dia betul-betul baik. Orang yang nampak jahat, tak semestinya dia betul-betul jahat. Satu yang menjadi persoalannya di sini, kenapa perlu mengaitkan antara urusan mereka dengan Allah dengan perangai mereka? Adakah kita cuba mengatakan bahawa orang yang mematuhi perintah Allah itu adalah MAKSUM? Bebas dari melakukan kesalahan? Mereka itu tetap manusia biasa, yang selalu melakukan kesalahan. “ISLAM ITU SEMPURNA, MANUSIA MEMANG TAK SEMPURNA.” Itu yang kita kena ingat. Sekurang-kurangnya, tanggungjawab mer...