Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

ALLAH Sayangkan Kita

Imej
                       Seringkali kita mengeluh apabila berdepan dengan pelbagai masalah dan dugaan hidup. Kita rasa kita dah tak kuat lagi nak teruskan kehidupan. Kita rasa kita dah tak mampu lagi nak tanggung semua bebanan dan dugaan yang menimpa.  'Semakin Allah menyayangi kita, semakin kuat dugaan yang Allah berikan pada kita.' Tak terasa tenang ke bila kita fikir macam tu? Semakin kuat dugaan yang Allah beri, semakin matang kita dapat jalani kehidupan dan semakin dekat diri kita dengan Allah.  Tidakkah kita rasa, ujian yang Allah beri, adalah untuk menyedarkan kita? - Hilal Asyraf                 Jangan nak dipersoalkan kenapa kita diuji, sebaliknya ingatlah kenapa kita dilahirkan di dunia ini. 'Kita hamba, maka buatlah cara sebagai hamba.' Tanam dalam hati, tanam dalam minda, Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita. Kenapa kita nak cakap kita tak mampu...

In Shaa Allah or Insya-Allah?

Imej
Ada satu isu yang timbul di Facebook baru-baru ini.  Dan isu ini telah buat Ana takut nak taip In Shaa Allah atau pun Insya-Allah (yang selalu Ana gunakan). Ana elakkan dari guna Insya-Allah sampailah Ana dapat jawapannya. Semua perkara yang timbul di media elektronik,kita tak boleh terima bulat-bulat jer. Nampak orang share, kita pun terus share. Walhal, tak tahu tentang perkara itu sedalam-dalamnya. Adalah lebih baik, sebelum terima sesuatu perkara itu, mohon kaji sebetul-betulnya. Jangan terima selagi tak selidik. Lari dari isu Gaza sekejap. Banyak pula di inbox saya pertanyaan berkenaan 'fatwa' Dr Zakir Naik berkenaan 'tulis In Shaa Allah bukan tulis dengan ejaan lain.' Maka ramai tanya saya, salah ke kalau tulis dengan ejaan lain itu? Berdosa ke? Pada saya, masalahnya bukan masalah ejaan. Masalahnya adalah masalah sebutan. K alau tulisnya InsyaAllah, InshaAllah, atau insya Allah, tetapi bunyinya tetap selaras dengan sebutan arabnya -in sya ...

Sejauh mana kita prihatin tentang GAZA ?

Imej
Isu yang tengah hangat di timeline FB mahupun Twitter, adalah PrayForGaza. Alhamdulillah. Ramai yang bangkit menyuarakan pendapat masing-masing. Mengutuk tindakan kejam pihak Israel, membedil tanpa belas kasihan. Mulalah kempen memboikot barangan Israel terutamanya MekDi. Gambar-gambar kekejaman pihak Israel, kanak-kanak yang tak bersalah mati kena bom, cedera parah, terpampang di media-media massa, di laman FB, di timeline Twitter. Kisah Palestin bukan baru bermula dua-tiga hari yang lepas, malah sejak beribu-ribu tahun yang dahulu. Tapi, ada juga yang sekadar bersuara, pada hakikatnya, mereka tidak tahu apa sebenar yang terjadi. Apa yang mereka tahu, Israel dan Palestin berperang sejak dulu-dulu lagi. Israel adalah pihak yahudi dan Palestin adalah pihak Islam. Jadi, sebagai orang Islam, kena sokong Palestin. Berdoa dan derma kepada Palestin. Ok,fullstop. Sampai situ saja apa yang mereka tahu dan mampu mereka buat. Selebihnya, hanya mampu bersimpati dan terus mengutuk keka...