Guru Ganti / Guru Sandaran Tidak Terlatih
Mesti ramai yang pernah dengar tentang kerja sebagai Cikgu Ganti di sekolah-sekolah kan? Mengganti guru-guru yang cuti bersalin sekurang-kurangnya selama 2 bulan. Tapi tak ramai yang tahu proses permohonan dan cara kerja macam mana. Baru-baru ini, Hana ada dapat tawaran sebagai Guru Ganti atau nama sebenarnya adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih. Sebenarnya proses dia takdelah susah mana pun. Kena rajin jer. Selalunya, yang apply kerja sebagai cikgu ganti ini, mesti dari kalangan anak-anak cikgu atau anak-anak sesiapa yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah. Mereka adalah golongan yang lebih alert tentang peluang pekerjaan ini. Ramai yang apply selepas tamat SPM, tamat belajar Diploma/Degree sementara tunggu kerja tetap. Tapi untuk Hana, Hana cuba nasib untuk apply, sebab Hana dah nampak potential dan minat diri sebenarnya menjurus untuk jadi seorang Guru. Dari dulu lagi dah minat tapi selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tak yakin untuk bercakap depan orang, apat...