Catatan

ISLAM adalah agama paling BEST!

Imej
Assalammualaikum, Alhamdulillah, Ramadhan kali ini membawa 1001 cerita dan pengalaman baru. Lepas habis study dan segala urusan final sem, Ana mula start kerja part time berdekatan dengan rumah. Tapi, apa yang Ana nak cerita bukanlah berkenaan kerja tersebut.  Perkenalan dengan rakan sekerja yang baru banyak buat Ana berfikir. Dia seorang muallaf. Sekali pandang, memang takkan tahu dia adalah Islam. Selama ni, Ana hanya dengar cerita dari pihak ketiga tentang muallaf. Apabila berjumpa sendiri dengan muallaf, dengar cerita mereka secara live, Allah, sungguh kita akan sayu melihat cahaya dalam mata mereka bila bercerita tentang keindahan ISLAM. Sahabat Ana ini berasal dari agama Hindu. Dia membesar dengan kawan-kawan Melayu sejak dia kecil lagi. Dari situ, dia mula melihat keindahan ajaran Islam dan kepincangan ajaran agama Hindu. Dia mula berfikir. Mula mencari di mana kebenaran kehidupan. Alhamdulillah, cahaya hidayah Allah itu sampai apabila dia mendapat...

Pray for Gaza

Imej
Bismillahirrahmannnirrahim, Assalammualaikum my dear readers. It’s been a while since the last time I wrote in my blog. It’s amazing how my life keeps getting busier day by day. And I don’t have a single moment to sit and write anything for ESPIRANZA. But today I really need to say something extremely important. For those who realize, yes this is my first post in English. I’m sorry for my bad English as I’m not a good writer in this language.   GAZA. This is an international issue, so I choose to write it in international language. I know that I don’t need to explain more about this issue. Every one of us knows what is happening in Gaza. Every one of us is watching Palestinians who are suffering every second of their lives and who are dying every day. Honestly, I’ll always stop scrolling when I saw something that could make me sad or stressful but I couldn't help myself to avoid reading and seeing the sad post and images about Gaza....

Bersahabatlah dengan Al-Quran

Imej
Setiap kali baca, pasti teringat sahabat di KMM dulu yang tolong belikan. Dia siap tolong tuliskan nama lagi. Siap no matrik dulu pun ado. Katanya, kita mungkin akan ada banyak Al-Quran di rumah. Tapi kita kena ada satu tafsir atau Al-Quran yang dapat kita jadikan sahabat.  Untuk kita senang bawa kemana-mana sahaja.  Supaya kita faham segala panduan hidup  yang ada dalam Al-Quran.  Dan moga-moga Al-Quran ini juga mampu jadi pembela kita di akhirat sana nanti. Ana bercakap bukan sekadar " Ahh, dia ni, cakap senanglah. Pandai cakap jer lebih. Buat tak." Jujur, semua orang ada masa lalu. Zaman kegelapan. Zaman kejahilan. Zaman lagha. Ana pun pernah lalui semua itu. Syukur, Allah hadirkan sahabat yang baik masa Ana di Kolej Matrikulasi Melaka. Masa tu, boleh dikatakan, Ana mengaji agak teruk. Gagap, tersangkut-sangkut, semua tu normal lah masa tu. Khatam? Ana bukan tak pernah mengaji, selalu, tapi sayang mengaji tak pernah sampai habis. Belaja...

Stress final exam?

Imej
Siapa yang tak stress masa study week? Masa final exam?  Kalau ada, korang memang hebat, student cemerlang, terbilang dan gemilang! Apa tips? Mohon kongsi sikitt! Come on, stress masa final exam adalah BIASA .  Apa yang LUAR BIASA adalah tak stress sampai tak study untuk final exam.  Melainkan korang ni dah REDHA dan TAWAKAL lah kan.   Tapi kena ingat, konsep REDHA dan TAWAKAL itu HANYA boleh dipakai setelah BERUSAHA ! Jadi, mohon berdiri depan cermin, cer tanya diri sendiri,  "Dah cukup berusaha ke aku untuk tawakal pada Allah?" Minggu exam adalah bersamaan dengan minggu stress,  minggu takde semangat,  minggu emotional,  minggu takde mood  dan minggu paling malas! Kalau dulu-dulu,  masa zaman sekolah dulu, zaman pramatang dulu, minggu ni lah selalu kita nak harap perhatian lebih dari orang lain.  Terutamanya dari orang yang kita sayang.  Nak manja dengan mak dan family terlebih-lebih.  Sampai ta...

Kenapa kena ada ilmu tentang business?

Imej
Alhamdulillah, sekarang ni satu family dah buat business. Kalau dulu along dengan angah jer buat business (Kedai Pemborong RM2), sekarang kaklang pun dah mula berjinak-jinak dengan business pulak. Kaklong pun dah mula business tempahan jahitan baju, frozen food, etc. Kakngah pun ada business baju kanak-kanak. Cerita pasal kaklang, dia bukanlah minat sangat buat business.  Kaklang takut nak ambil risiko dulu. Dia lebih pilih untuk hidup biasa-biasa sahaja. Tapi, bila dah ada anak, nak tak nak, keselesaan anak adalah yang utama. Kaklang mula cari side income dengan buat business, Alhamdullillah, business pun dah semakin okay.  Nak buat business, 1st sekali kena berani ambil risiko. Lecturer Ana cakap, kita kena tahu konsep 'Degree of the risk'. Apa benda tu? As simple as, the more you invest, the higher the return, the higher also the risk. Itu konsep risk taking. Kita kena berani hadapi kerugian jugak dan kena ada ILMU. Itu yang paling penting sekali. Ramai orang...

Kematian itu tidak mengenal usia

Imej
“Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya”   Surah Ali-Imran [3]: 185) Kematian, ajal adalah rahsia Allah, yang telah ditetapkan oleh-Nya sejak sebelum kita lahir lagi. Bila, bagaimana, dimana, semuanya kita takkan tahu. Mati itu  PASTI , kerana hidup ini hanya satu  PERSINGGAHAN . Walaupun dunia semakin canggih dengan pelbagai teknologi, macam dalam cerita ELYSIUM, siap ada alat yang mampu menyembuhkan apa-apa pun penyakit dan membuat manusia kekal muda, tetap tiada satu manusia pun di dunia ELYSIUM itu yang mampu untuk lari dari  KEMATIAN . Apatah lagi kita di dunia realiti ini. “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya”. (Surah Yunus, ayat : 49) “Dialah yang m...

Masa silam itu sudah berlalu

Imej
Sekarang ni, ramai orang yang sedang mencuba untuk keluar dari kegelapan. Mencuba untuk mencari cahaya baru dalam hidup. Mencuba untuk berubah kearah lebih baik. Memcuba untuk memperbaiki hidup Mencuba untuk kembali kepada fitrah yang Allah dah tetapkan. Mencuba untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mencuba untuk melaksanakan perintah Allah yang sekian lama ditinggalkan. Mencuba untuk menjadi seseorang yang baru. Alhamdulillah. Hakikatnya, sejahat mana pun diri seseorang manusia itu, Jauh di dalam hatinya, pasti ada terselit walau sedikit sinar kebaikan. Dan sinar itu akan terus bercahaya untuk menyinari ruang kegelapan. Tapi, sinar itu pun boleh pudar dan padam. Atau sinar itu boleh menyinar dan terus menyinar. Semuanya bergantung pada situasi di sekitar insan yang ingin berubah itu. Situasi yang menyokong atau meruntuhkan semangat mereka yang ingin berubah. Apa  yang menyedihkan, Bila seseorang itu dah buat keputusan untuk berubah,...