Bersahabatlah dengan Al-Quran
Setiap kali baca, pasti teringat sahabat di KMM dulu yang tolong belikan. Dia siap tolong tuliskan nama lagi. Siap no matrik dulu pun ado. Katanya, kita mungkin akan ada banyak Al-Quran di rumah. Tapi kita kena ada satu tafsir atau Al-Quran yang dapat kita jadikan sahabat. Untuk kita senang bawa kemana-mana sahaja. Supaya kita faham segala panduan hidup yang ada dalam Al-Quran. Dan moga-moga Al-Quran ini juga mampu jadi pembela kita di akhirat sana nanti. Ana bercakap bukan sekadar " Ahh, dia ni, cakap senanglah. Pandai cakap jer lebih. Buat tak." Jujur, semua orang ada masa lalu. Zaman kegelapan. Zaman kejahilan. Zaman lagha. Ana pun pernah lalui semua itu. Syukur, Allah hadirkan sahabat yang baik masa Ana di Kolej Matrikulasi Melaka. Masa tu, boleh dikatakan, Ana mengaji agak teruk. Gagap, tersangkut-sangkut, semua tu normal lah masa tu. Khatam? Ana bukan tak pernah mengaji, selalu, tapi sayang mengaji tak pernah sampai habis. Belaja...